ANGGOTA bomba melakukan persiapan untuk membawa turun mangsa yang cedera. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba melakukan persiapan untuk membawa turun mangsa yang cedera. FOTO ihsan Bomba
Amrullah Abd Karim


Kuala Kubu Bharu: Pendaki wanita cedera ketika mendaki Gunung Rajah bersama 17 pendaki lain sehingga terpaksa diselamatkan pasukan bomba pada ketinggian 1,685 meter hari ini.

Mangsa, Umi Nurnabillah Mubin, 26, cedera lutut kiri dan tidak dapat berjalan ketika mendaki gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.30 pagi tadi sebelum sepasukan lima anggota memulakan pendakian ke lokasi mangsa.

"Pada 10.10 pagi lima anggota penyelamat itu berjaya menemui mangsa di satu hentian dan memaklumkan mangsa cedera pada kaki kiri.

"Kira-kira 20 minit selepas itu pasukan kedua juga lima anggota bomba memulakan pendakian ke lokasi mangsa dan tiba 2.30 petang tadi sebelum membawa mangsa turun," katanya.

Beliau berkata, 18 pendaki dari Kuantan, Pahang dan Shah Alam memulakan pendakian ke Gunung Rajah 5 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 10:20 PM