SAIFUL (kanan) kecewa selepas tewas kepada Thailand pada aksi final Sukan SEA 2015 Singapura.
SAIFUL (kanan) kecewa selepas tewas kepada Thailand pada aksi final Sukan SEA 2015 Singapura.
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pemain paling senior dalam skuad petanque negara Saiful Bahri Musmim mahu menamatkan penantian emas Sukan SEA pada penampilan kelimanya, Ogos nanti.

Sejak mula bersaing di Sukan SEA 2007 di Thailand, atlet berusia 26 tahun itu sekadar meraih perak dan gangsa.

“Saya berharap mampu memastikan emas di tempat sendiri kali ini. Ia pasti lebih istimewa jika saya mampu melakukannya.

“Berdasarkan prestasi semasa saya yakin mampu melakukannya. Malah kombinasi bersama rakan sepasukan semakin mantap kerana sudah menyertai banyak kejohanan bersama sejak digandingkan selepas Sukan SEA 2015,” katanya yang akan menyertai acara doubles dan triples.

Petanque dilihat mampu memastikan dua emas dengan acara doubles diwakili Saiful Bahri dan Syed Akmal Fikri Syed Ali menjadi sandaran selain harapan terhadap juara bertahan acara perseorangan Mohamad Hafizuddin Md Daud.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 5:10 AM