Shanghai: Cuaca buruk di China mengakibatkan sesi ujian Grand Prix China terpaksa ditamatkan lebih awal sekali gus mengecewakan pemandu dan peminat di Shanghai.
Kabus tebal serta hujan memaksa sesi ujian sebelah pagi dipendekkan manakala sesi petang pula dibatalkan sambil pelumba tumpuan Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel tidak sempat turun menguji jentera masing-masing.
Masalah sebenarnya bagaimanapun tidak berlaku di litar pegawai Formula Satu berkata, helikopter perubatan yang disediakan untuk perlumbaan tidak dapat mendarat di hospital berdekatan kerana peraturan penerbangan yang ketat di China.
Menurut FIA, lapangan terbang tempatan di kawasan berdekatan turut terpaksa ditutup sementara.
Kualiti udara di Shanghai berada pada bacaan tidak sihat mengikut bacaan dilakukan pejabat Konsulat Amerika Syarikat di bandar itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.