MORATA (kiri) diasak pemain Leganes.
MORATA (kiri) diasak pemain Leganes.
AFP

Madrid: Alvaro Morata menjaringkan dua gol ketika Real Madrid mengekalkan pendahuluan dua mata di depan Barcelona di puncak La Liga sekalipun ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale untuk menang 4-2 di Leganes.

Terdahulu, dua gol Lionel Messi sekembalinya daripada penggantungan dan gol menakjubkan Luis Suarez membantu Barcelona membenam Sevilla 3-0.

Bos Madrid, Zinedine Zidane memperjudikan kekuatan skuadnya menjelang 18 hari yang menyaksikan juara Eropah itu menanti kunjungan Atletico Madrid dan Barcelona ke Santiago Bernabeu selain bertemu musuh lama Bayen Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, pengendali dari Perancis itu menuai hasil apabila pemain seperti Marco Asensio, James Rodriguez dan Morata menggunakan peluang mereka sebaik mungkin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 5:44 AM