Najip Ali, antara ahli panel program 'Ok Chope!'
Najip Ali, antara ahli panel program 'Ok Chope!'
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Luar sudah mengambil maklum akan permohonan maaf rangkaian Channel 5 Mediacorp Singapura dan Najip Ali, salah seorang ahli panel program 'Ok Chope!' berhubung isu komen negatif terhadap kepimpinan tertinggi negara.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian memandang serius kenyataan dan komen negatif yang diutarakan dalam satu episod program berkenaan kira-kira jam 7.30 malam, 29 Mac lalu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia berharap perkara sebegini tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Malaysia dan Singapura sedang giat berusaha meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua negara ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat bersama.

“Adalah penting hubungan dua hala ini terus dipelihara dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 10:45 PM