BAHAN A.
BAHAN A.
BAHAN B.
BAHAN B.
GAUL udang dalam bahan A.
GAUL udang dalam bahan A.
UDANG kemerahan selepas digoreng.
UDANG kemerahan selepas digoreng.
GORENG bahan B pula.
GORENG bahan B pula.
UDANG pedas Nestum dan daun kari.
UDANG pedas Nestum dan daun kari.
Kusyi Hirdan


Resipi udang pedas Nestum dan daun kari ini boleh dimakan bersama nasi, roti, bubur atau dinikmati begitu saja. Memang sedap dan mudah disediakan.

Aroma daun kari dan Nestum bersatu membuatkan selera bangkit bagi menikmatinya. Harus makan panas-panas supaya Nestum yang disalut kekal garing.

Mahu pedas, tambah cili padi. Begitu juga sebaliknya. Untuk kanak-kanak, tidak perlu diletakkan cili padi langsung.

Pilihan udang yang digunakan elok daripada jenis udang besar. Kelebihan memasak resipi ini, ia sangat cepat iaitu sekitar 15 minit saja.

Menggunakan resipi sama, anda boleh menggantikannya dengan isi ayam, sotong atau ikan.

BAHAN:

• 1/2 kilogram udang saiz sederhana

BAHAN A

• 1/2 sudu kecil lada sulah

• Garam secukup rasa

• 3 biji putih telur

BAHAN B

• 3 sudu besar mentega

• 1 tangkai daun kari

• 4 biji cili padi dipotong nipis

• 100 gram Nestum

• Garam dan gula sebagai perasa

• Minyak untuk menggoreng udang

CARA PENYEDIAAN:

1.Bersihkan udang. Gaul dengan bahan A.

2.Panaskan minyak dengan api sederhana. Udang yang sudah digaul itu digoreng sebentar sehingga kemerahan.

3.Menggunakan kuali berbeza, panaskan mentega dengan api sederhana. Masukkan bahan B pula. Gaul sehingga rata. Akhir sekali masukkan udang. Ratakan semuanya.

4.Terus dihidang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 11:48 AM