Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop

Kampar: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iswara dipandunya terbabit kemalangan dengan Toyota Harrier di Kampung Batu 20, Jeram dekat Kampar, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa, Mohamad Faez Manaf,25, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, Ahmad Shah Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.15 pagi sebelum sepasukan anggota  ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota yang tiba mendapati mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira sejam selepas itu.

"Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan manakala pemandu Toyota Harrier tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 7:31 AM