Ronaldinho bersama single pertamanya. FOTO AP/Daily Mail
Ronaldinho bersama single pertamanya. FOTO AP/Daily Mail
Daily Mail

Rio de Janeiro: Pemain bola sepak legenda Brazil dikenali dengan gaya menarik dan kemampuan menjaringkan gol menarik Ronaldinho membuktikan kemampuan bakatnya apabila menceburi bidang muzik.

Biarpun masih belum mengumumkan persaraan dan tidak beraksi dalam bola sepak profesional sejak 2015 pemain berusia 37 tahun itu bekerja keras untuk mencapai impian bergelar penyanyi.

Bintang bola sepak itu baru baru ini melancarkan karier muzik - menerusi penampilan trek single bertajuk 'Sozinho' mengenengahkan elemen gaya samba menghiburkan.

Lagu itu dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Alone' mempunyai durasi selama empat minit 15 saat.

Lagu itu turut menggambarkan aksi bersahaja pemain itu ketika berada di padang malah tentunya berada dalam kalangan salah satu penyertaan muzik terbaik pernah dilakukan oleh mana mana pemain bola sepak setakat ini.

Bagaimana ia bukanlah penyertaan pertama Ronaldinho dalam arena muzikal tetapi kali ini melakukannya sendiri secara rasmi selepas menyanyikan lagu tema Paralimpik Rio pada 2016.

Sebaik melancarkan lagu itu Ronaldinho mengucapkan terima kasih:” 'Terima kasih kawan kawan. Ini adalah lagu pertama dan tiada rakan komposer!!!'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 8:08 PM