TERTUDUH di Mahkamah Tinggi Ipoh. FOTO Effendy Rashid
TERTUDUH di Mahkamah Tinggi Ipoh. FOTO Effendy Rashid
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu lori yang didapati bersalah mengedar ganja seberat 2.7 kilogram pada 2014.

Wan Mohamad Lutfi Jaffar, 35, turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkapan dan lima sebatan terhadap satu lagi pertuduhan memiliki ganja seberat 34 gram ganja.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie dan melampaui keraguaan munasabah.

Wan Mohamad Lutfi didakwa mengedar 2.7 kilogram ganja di depan premis di Jalan Taiping, Parit Buntar pada 12.10 tengah malam 26 Julai 2014.

Dia turut didakwa memiliki 34 gram ganja pada masa dan lokasi sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffry Ong manakala tertuduh diwakili peguam Khairil Khalil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 11:25 AM