IMMOBILE (dua dari kanan) jaring gol kedua Itali.
IMMOBILE (dua dari kanan) jaring gol kedua Itali.
AFP

Paris: Itali kekal bersaing dengan Sepanyol pada kempen kelayakan Piala Dunia zon Eropah apabila penjaga gol Gianluigi Buffon bermain aksi profesional ke-1,000 ketika menang 2-0 ke atas Albania, awal pagi semalam.

Sepakan penalti Daniele De Rossi pada babak pertama dan gol kedua lewat Ciro Immobile cukup membantu Azzurri meraih tiga mata namun kekal di belakang Sepanyol menerusi perbezaan gol di puncak Kumpulan G selepas La Roja membenam Israel 4-1.

Penyerang Manchester City, David Silva dan Diego Costa dari Chelsea muncul antara penjaring gol di samping Vitolo dan Isco, manakala Lior Refaelov menyumbat gol saguhati Israel.

Di Palermo, ia hari yang mengujakan buat Buffon ketika dia meraih rekod Eropah 168 caps dan membantu Itali meneruskan rekod tanpa kalah pada aksi kelayakan kepada 55 perlawanan (41 menang, 14 seri).

De Rossi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 selepas Migjen Basha, seorang daripada enam pemain Albania memperaga aksi di kelab Itali, menjatuhkan Andrea Belotti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 6:45 AM