Agensi

New Delhi: Seorang lelaki mengelar leher anak perempuannya yang berusia 15 tahun sebelum meninggalkan mayat mangsa di depan rumah teman lelakinya kerana menganggap anak perempuannya memalukan keluarga, semalam.

Menurut Times of India, dalam kejadian di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh itu, ibu gadis berkenaan dikatakan mendapati anaknya berada dengan teman lelakinya yang juga anak jiran mereka dalam sebuah gerai pakaian yang kosong dekat rumah mereka pada awal pagi.

Wanita itu mengurung mereka dalam gerai berkenaan dan menghubungi suaminya, Jabbar Qureshi.

Ibu bapa remaja lelaki itu, Dilnawaz Ahmad, 17, menghubungi polis yang kemudian datang dan membebaskan mereka.

Namun, Jabbar yang pulang kira-kira jam 8 pagi, mengelar leher anaknya, membawa mayat anaknya ke rumah keluarga remaja berkenaan dan meninggalkannya di depan pintu.

Pegawai polis di Muzaffarnagar, Shivraj Singh, berkata pihaknya sudah menahan Jabbar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 10:53 AM