Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir kilat di Kampung Seri Menanti, Kuala Pilah. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir kilat di Kampung Seri Menanti, Kuala Pilah. - Foto Ihsan Bomba
Khairul Najib Asarulah Khan


Seremban: Hujan lebat sejak jam 6 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat, termasuk sekitar Kampung Paroi, Seremban; Jalan Miku ke Inas, Kuala Pilah; Jalan Pedas ke Rembau dan Serting Ulu, Jempol.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel Kamal Mokhtar berkata, semua anggotanya sudah dikerah ke lokasi terbabit.

“Buat masa ini, tiada pusat pemindahan yang dibuka dan air sudah mula surut sejak 10 pagi tadi.

"Ada segelintir penduduk sudah mula membersihkan rumah mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 1:24 PM