Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua kanan) beramah mesra dengan tetamu di Sang Saka Biru sempena Hari Polis ke-210 di Menara Taming Sari, Bandar Hilir, Melaka, hari ini, manakala gambar kecil, upacara memagar Malaysia oleh Raja Bomoh baru-baru ini. - Foto /KHAIRUNISAH LOKMAN

Salman Hamat

Melaka: “Kami tahu mana nak cari dia dan akan menyemak pelanggaran udang-undang dilakukan bagi melakukan siasatan.

“Saya harap dia hentikan perbuatan itu kerana tindakan sedemikian hanya memalukan orang Melayu sahaja," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, hari ini, mengenai upacara perbomohan 'memagar' Malaysia oleh Raja Bomoh yang tular.

Menurut Khalid, polis sudah menerima beberapa laporan yang dibuat beberapa pihak terhadap Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya Raja Bomoh.

Menurutnya, setakat ini, polis belum mengeluarkan waran tangkap.

Laporan itu berikutan rasa kurang senang berhubung upacara 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara yang dilakukan bomoh berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 3:16 PM