Helmy Abd Rahman

Kuala Terengganu: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) mengunjurkan sebanyak 2,349 koperasi sekolah mencatatkan perolehan terkumpul sebanyak RM500 juta menjelang akhir tahun ini.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya berasakan unjuran itu realistik berdasarkan catatan perolehan pada 2015 yang berjumlah RM338.9 juta.

"Malah, dalam tempoh enam bulan pertama iaitu sehingga Jun tahun lalu, perolehan sebanyak RM245.1 juta dicatatkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sesi Dialog Mengenai Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Melaka 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga optimis sebanyak 50 koperasi sekolah di negara ini mampu memungut perolehan melebihi RM1 juta setahun menjelang 2020.

"Ketika ini, sebanyak 300 koperasi sekolah mencatatkan perolehan melebihi RM500,000 setahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 7:16 PM
Abdul Fattah (dua kiri) diringi Pengerusi ANGKASA Melaka, Muslim Md. Shah (kiri) bertanyakan sesuatu kepada peserta Program Dialog Bersama Presiden ANGKASA mengenai Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Melaka yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, hari ini. FOTO Rozainah Zakaria