ANTARA aksi Malaysia menentang Oman sebelum ini. FOTO ihsan FIH
ANTARA aksi Malaysia menentang Oman sebelum ini. FOTO ihsan FIH
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Skuad hoki negara mengesahkan tempat ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila mengalahkan Mesir 5-0 di separuh akhir Pusingan Kedua di Dhaka, Bangladesh, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen itu akan beraksi di perlawanan akhir esok bertemu sama ada Oman atau China.

Bagaimanapun, dua pasukan yang berentap di final masing-masing memperoleh slot automatik ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada Jun depan dan diadakan di London atau Johannesburg.

Dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhasani itu Malaysis berada di depan melalui pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-15 dan gol kedua muncul dari gerakan sama 10 minit kemudian disempurnakan oleh Fitri Saari.

Tiga lagi gol diperoleh melalui Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (30) Shahril Saabah ,(44) dan Nik Aiman Nik Rozemi (49) dengan kesemunya melalui jaringan padang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 5:45 PM