JENAZAH tiba di Masjid Sungai Sekamat, Kajang. FOTO Ridzuan Abdul Rahman
JENAZAH tiba di Masjid Sungai Sekamat, Kajang. FOTO Ridzuan Abdul Rahman
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Bapa kepada penyanyi Ruhil Amani, Hussein Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 10.48 malam tadi akibat jangkitan kuman.

Allahyarham yang mengalami masalah jantung dan kencing manis dimasukkan ke hospital berkenaan sejak enam minggu lalu kerana demam.

Ruhil yang juga anak keduanya berkata, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot dan mula kritikal, 8 malam tadi.

"Ayah pergi dalam keadaan tenang di hadapan ibu, Hasnah Hassan dan menantunya, Gibran Agi," katanya.

Ruhil berkata, jenazah bapanya disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat pagi ini.

Allahyarham yang pernah mengasaskan syarikat rakaman Matahati Records bersama Datuk M Nasir, mempunyai tiga anak iaitu Shaiful Asnawi, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani serta tujuh cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 10:46 AM