Abdullah (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas. FOTO  Azahar Hashim
Abdullah (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas. FOTO Azahar Hashim
Azahar Hashim


Kulim: Polis menahan dua lelaki dan merampas 70 kilogram (kg) daun ketum serta 100 liter air ketum bernilai RM3,100 di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, di sini, semalam.

Suspek berusia 49 tahun itu menggunakan rumahnya sebagai tempat memproses daun ketum bersama rakan berusia 24 tahun.

Bagaimanapun kegiatan itu tumpas selepas diserbu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada jam 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, serbuan diketuai Inspektor Shahrol Ehsanizam Shaari di rumah suspek yang dijadikan tempat memproses daun ketum.

"Suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di IPD Kulim, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 6:47 PM