KERETA yang terbakar di Jalan Kuching Timur 3. FOTO ihsan Bomba
KERETA yang terbakar di Jalan Kuching Timur 3. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seorang individu ditemui rentung di dalam kereta yang terbakar di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku, Miri, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.50 pagi itu, individu terbabit ditemui di bahagian penumpang belakang ketika pihak bomba melakukan kerja pemadaman.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudiannya ke lokasi.

"Ketika kerja pemadaman, pihak bomba menemui individu terbabit dalam keadaan rentung.

"Mayat terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Setakat ini, identiti mangsa belum diperolehi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 9:06 AM