Fuad bersama barisan pelumba beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix.
Fuad bersama barisan pelumba beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix.
TWMR/HM Digital

Kuala Lumpur: Juara tiga kali kelas perdana, Ahmad Fuad Baharudin mencurahkan ilmu dan pengalaman selama hampir 20 tahun pembabitan dalam dunia perlumbaan apabila diberi tanggungjawab selaku pengurus dan jurulatih kepada pasukan PETRONAS Yamaha yang akan beraksi dalam kategori Wira KBS bermula Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang membuka tirai saingan di Temerloh, Pahang pada esok dan Ahad.

“Membimbing pelumba muda ini, satu perkara jelas adalah mereka beralih ke kategori lain dan juga akan bersama pasukan lain. Itu lumrah. Musim ini, beberapa pelumba pernah dibimbing beralih ke kategori utama,” jelas Ahmad Fuad.

“Mohd Helmi Azman menandatangani kontrak bersama pasukan Onexox TKKR Racing di dalam kelas CP150. Mohd Iqbal Amri Abd Malek melangkah ke kelas perdana manakala Mohd Fareez Afeez turut menerima tawaran pasukan lain untuk beraksi dalam kelas CP115.”

“Pada musim ini, Hong Leong Yamaha mengadakan perbincangan dengan saya untuk membantu menguruskan pasukan PETRONAS Yamaha.

Pasukan ini ditubuhkan sebagai kesinambungan kepada perlumbaan satu pengeluar Super Siri PETRONAS Yamaha. Objektif pasukan ini selari dengan semangat saya sendiri untuk membimbing dan melahirkan barisan pelumba muda berbakat,” kata Fuad.

Fuad membimbing tiga pelumba membawa cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech , Md Aiman Tahiruddin, Md Danial Shyahmi A Shahril dan Md Alif Ashraf Tahiruddin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 6:34 PM