Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman api. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman api. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari


Bagan Datuk: Bangunan Pejabat Pertanian Simpang Tiga, di sini, musnah hampir 85 peratus dalam kebakaran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang Tuan Soh Tuan Lah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 pagi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati api membakar hampir keseluruhan bangunan.

"Kebakaran membabitkan 85 peratus bangunan utama iaitu pejabat, ruang makan pejabat, bilik mesyuarat dan surau," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Tuan Soh berkata, pihaknya turut mendapat khidmat bantuan anggota BBP Sabak Bernam, Selangor untuk melakukan kerja pemadaman.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian dan operasi tamat jam 11.53 pagi.

Katanya, tiada mangsa tercedera dilaporkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan punca kebakaran dan anggaran kerugian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 3:06 PM