IKAN yang dijual di pasar di Shah Alam. FOTO arkib NSTP
IKAN yang dijual di pasar di Shah Alam. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Bekalan ikan dijangka pulih dalam masa seminggu lagi di mana harga ikan lebih murah sehingga boleh mencecah RM1 ke RM2 sekilogram jika berlaku lambakan ikan.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Abdul Hamid Bahari berkata, kenaikan harga ikan baru-baru ini sehingga mencecah RM22 sekilogram disebabkan faktor cuaca akibat angin kencang dan laut bergelora menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.

Menurutnya, sebelum ini, hasil tangkapan ikan oleh nelayan sekitar 100 atau 200 kilogram (kg) sehari tetapi ketika ini hanya boleh memperoleh lima kg sahaja sedangkan permintaan tinggi menyebabkan harga ikan menjadi mahal.

"Tetapi sekarang ini keadaan kembali pulih di mana ada yang ikan sudah dijual sekitar RM8 ke RM10 sekilogram dan saya yakin dalam tempoh seminggu lagi keadaan akan kembali normal dan pengguna boleh mendapat harga ikan lebih baik.

"Malah dalam tempoh sebulan lagi ikan akan semakin banyak sehingga harganya boleh menjadi RM1 ke RM2 sekilogram," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 12:43 PM