DRINKWATER jaring gol voli menarik.
DRINKWATER jaring gol voli menarik.
AFP

Leicester, England: Penyerang Leicester City, Jamie Vardy menyatakan kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Liverpool awal pagi semalam adalah reaksi kepada laporan negatif media mengenai pemecatan pengurus Claudio Ranieri.

Ranieri dipecat Khamis lalu, kurang 10 bulan selepas kejayaan Leicester merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selepas rentetan lima kekalahan menyebabkan kelab itu berada dalam zon penyingkiran.

Laporan menyebut Ranieri sudah tidak mendapat kepercayaan pemain Leicester namun Vardy yang menyumbat dua gol berkata, kritikan itu tidak adil.

“Kami berdepan beberapa kritikan dan pandangan yang tidak adil dalam laporan media namun anda lihat pemain mahu bangkit,” kata Vardy.

“Persembahan ini membuktikannya dan kami mahu melakukannya secara konsisten. Saya pun tidak tahu kenapa kami tidak mampu melakukannya secara kerap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 5:22 AM