Hadzlihady Hassan


Nibong Tebal: Dua orang ditemui rentung dalam teksi di KM2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) menghala ke Batu Kawan, di sini, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.25 pagi.

"Tujuh anggota ke lokasi kejadian. Kami tiba di lokasi kejadian 8.35 pagi. Kami berjaya memadam kebakaran 13 minit kemudian.

"Ketika operasi memadam dilakukan terdapat dua individu yang sudah rentung dalam teksi terbabit dan kes ini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehingga ini, sepasukan anggota forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan identiti kedua-dua mangsa masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 11:02 AM
DUA individu ditemui rentung dalam teksi di KM2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) menghala Batu Kawan, dekat Plaza Tol JSAHMS. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
DUA individu ditemui rentung dalam teksi di KM2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) menghala Batu Kawan, dekat Plaza Tol JSAHMS. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal