Kemalangan yang mengorbankan A Govindavaloo, 60 di Jalan Besar Sungai Jawi, 2 petang tadi. FOTO ihsan APM
Kemalangan yang mengorbankan A Govindavaloo, 60 di Jalan Besar Sungai Jawi, 2 petang tadi. FOTO ihsan APM
Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro

Jawi: Lelaki berusia 60 tahun maut selepas motosikal ditunggang dirempuh lori ketika melintas jalan di Jalan Besar Sungai Jawi, di sini, 2 petang tadi.

Dalam kejadian itu, A Govindavaloo, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mangsa datang dari arah Tanah Perkuburan Hindu Sungai Jawi dan cuba melintas jalan untuk ke arah Nibong Tebal.

"Sebuah lori datang dari arah Nibong Tebal ke arah Sungai Jawi sebelum melanggar pada bahagian kanan motosikal Honda C70 mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 9:55 PM