Anggota polis mendapatkan maklumat lanjut daripada kakitangan IWK selepas penemuan janin.
Anggota polis mendapatkan maklumat lanjut daripada kakitangan IWK selepas penemuan janin.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Janin tidak cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan berhampiran Taman Margosa, Bahau, di sini, 11.30 pagi tadi.

Sumber berkata, janin itu ditemui dua pekerja Indah Water Konsortium (IWK) yang melakukan kerja pembetungan dan pembersihan.

Katanya, mereka pada mulanya menjumpai objek mencurigakan dan pemeriksaan lanjut mengesahkan ia janin.

"Janin ini disyaki polis, dibuang dalam tandas di rumah kedai berdekatan sebelum ia dipam memasuki ke loji.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dan membawa janin itu ke Hospital Jempol, di sini," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kelahiran secara rahsia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 8:13 PM