Anggota APM cuba mengikat anak buaya tembaga yang ditangkap di Pengkalan Batu, Bukit Tunggal. FOTO  Ahmad Rabiul Zulkifli
Anggota APM cuba mengikat anak buaya tembaga yang ditangkap di Pengkalan Batu, Bukit Tunggal. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Nerus: Anak buaya tembaga yang dilihat di sungai Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Isnin lalu, berjaya ditangkap di sungai Pengkalan Batu, Bukit Tunggal, 11 pagi tadi.

Reptilia seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu untuk tindakan lanjut.

Ketua Operasi APM Terengganu Wahab Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai tangkapan anak buaya pada jam 11.40 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi itu.

"Tiba di lokasi, kami dapati reptilia itu sudah diikat penduduk kampung dan mengambil masa selama 10 minit memindahkannya kerana ia agresif.

"Anak buaya ini akan dibawa ke Pejabat APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 1:07 PM