Pandangan dari atas lokasi mangsa terjatuh. - Foto SITI NOR AMIRAH ABU BAKAR
Pandangan dari atas lokasi mangsa terjatuh. - Foto SITI NOR AMIRAH ABU BAKAR
Siti Nor Amirah Abu Bakar


Shah Alam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 32, di sini, petang semalam.

Muhammad Syafiq Shyahmi Mohammad Sauffi maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata sebelum kejadian, kanak-kanak itu bermain di ruang tamu dan ibu serta bapa tirinya tidak sedar mangsa memanjat meja di tepi tingkap ruang tamu.

Menurutnyta, mangsa kemudian terjatuh melalui tingkap yang tidak dipasang jeriji.

Shafien berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat cedera di kepala.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 1:29 PM