ROZABIL ada bukti pemain jual perlawanan.
ROZABIL ada bukti pemain jual perlawanan.
Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bersedia menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Singa Utara musim lalu sekiranya mendapat jawapan dan pengakuan daripada pemain.

Presiden PFA Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, pemain perlu menjawab beberapa soalan dan sekiranya dapat memberikan justifikasi, pihaknya akan menyelesaikan perkara itu.

"PFA sudah meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memanggil pemain Perlis secepat mungkin termasuk Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sekiranya perlu. Jika kami sudah mendapat penjelasan terhadap beberapa perkara, kami tidak mempunyai masalah untuk melunaskan tunggakan gaji berkenaan," kata Rozabil.

Tambah Rozabil, pihaknya mempunyai bukti terdapat unsur tidak sihat berlaku dan bersedia untuk memanjangkan kepada pihak berkuasa.

"Sebelum ini saya sudah minta untuk berbincang dan memberitahu kami, siapa (pemain) dan berapa nilai habuan diperoleh daripada menjual perlawanan, itu saja namun mendapat reaksi negatif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 5:03 AM