HM Digital


• Lima lagi mayat, termasuk seorang wanita mengandung dan tiga kanak-kanak ditemui di perairan Pulau Sebatik, Indonesia.

• Lim Yi Jun, 23, ketika ditemui di Pusat Pengurusan Pengebumian Mak Mandin, kelihatan sedih dengan kehilangan empat ahli keluarganya.

• Seorang nelayan yang menangkap ikan dengan bot pukat rawa surong nekad terjun ke dalam laut dan berenang ke tepi pantai sebelum melarikan diri selepas panik melihat bot peronda APMM.

• Mahkamah Majistret membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa, projek bekalan peralatan, tahun lalu.

• KPDNKK beri tempoh sebulan kepada semua peniaga untuk label produk yang disahkan mengandungi bahan tidak halal termasuk unsur babi bagi memberi maklumat kepada pengguna Islam.

• Seorang pembantu kedai didenda RM100,000 dan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan meminta suapan pada Februari tahun lalu.

• Penganut agama Hindu di seluruh negara meraikan sambutan Thaipusam dengan acara keagamaan dalam suasana meriah dan kesyukuran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 7:17 PM