ANTARA kemusnahan yang berlaku berikutan banjir besar melanda Manek Urai. FOTO Khairull Azry Bidin
ANTARA kemusnahan yang berlaku berikutan banjir besar melanda Manek Urai. FOTO Khairull Azry Bidin
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Mangsa banjir yang kehilangan dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri lain yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh membuat gantian secara percuma.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gantian itu boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN berhampiran apabila keadaan banjir pulih kelak.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boeh menghubungi Unit Perhubungan Awam JPN di talian 03–8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke [email protected].

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersimpati dengan keadaan dihadapi mangsa banjir di beberapa negeri sejak minggu lalu.

"Sebilangan daripada mereka dilaporkan berhadapan dengan situasi yang sukar dan aktiviti seharian turut terjejas teruk akibat bencana alam ini,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 12:35 PM