MANGSA ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. FOTO ihsan Bomba
MANGSA ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. FOTO ihsan Bomba
Mary Victoria Dass

 

Pasir Gudang: Lelaki warga Indonesia yang dipercayai terjatuh di laut selepas disambar petir ditemui lemas di Rumah Rakit Kuala Masai di sini, 10.15 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, dua bot bersama 19 anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mayat diserahkan kepada polis pada 10.50 pagi bagi tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 11:54 PM