HAIRUDDIN ,  Izham  (duduk tengah) bersama pemain Perlis pada sidang media PFAM.
HAIRUDDIN , Izham (duduk tengah) bersama pemain Perlis pada sidang media PFAM.
Oleh Azlan Muhammad Zain

Puchong: "Saya tidak tahu orang lain tapi saya sendiri terpaksa bekerja di sawah padi. Malah meminjam dari ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan".

Itu rintihan penjaga gol Perlis musim lalu, Mohd Zahid Ahmad susulan tunggakan gaji lima bulan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Pemain berusia 26 tahun itu antara wakil 12 pemain Perlis yang mendapatkan pertolongan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi mendesak Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera bertindak menyelesaikan masalah berkenaan yang sudah lama berlanjutan.

Hakikat berkenaan diakui kapten Perlis, Khairi Zainuddin yang menjelaskan ramai pemain terpaksa melakukan apa saja pekerjaan untuk meneruskan kehidupan selain ada yang sudah tidak berminat untuk bermain bola sepak.

"Saya sendiri berniaga kecil-kecilan hingga ada segelintir masyarakat hairan kenapa pemain bola sepak menjadi begini rupa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:03 AM