Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat HLC Mengenai Isu Pemegang Kad UNHCR di Bangunan Perdan Putra, Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat HLC Mengenai Isu Pemegang Kad UNHCR di Bangunan Perdan Putra, Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seramai 300 etnik Rohingya akan dipilih menyertai Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bermula 1 Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi projek itu, 300 etnik Rohingya perlu melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja secara berperingkat.

Beliau berkata, pelarian berkenaan akan ditempatkan di syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan bertujuan untuk memberi kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga.

"Inisiatif kerajaan membenarkan etnik Rohingya itu bekerja secara tidak langsung dapat menangani isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi mengenai isu-isu berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Katanya, ketiadaan status imigresen kepada etnik Rohingya menjadikan mereka golongan yang berpotensi untuk dieksploitasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 2:02 PM