Iris tersenyum ceria selepas ditabalkan Miss Universe. FOTO AFP
Iris tersenyum ceria selepas ditabalkan Miss Universe. FOTO AFP
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penuntut pergigian dari Perancis berusia 23 tahun dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe ke-65 yang berlangsung di Manila, Filipina, hari ini.

Iris Mittinaere menjadi pilihan juri profesional selepas dinilai menerusi beberapa pusingan iaitu pakaian renang, gaun dan soal jawab sekali gus mengalahkan 85 peserta dari negara lain di seluruh dunia.

Tempat kedua pula dimenangi Raquel Pelissier dari Haiti, manakala tempat ketiga menjadi milik Andrea Tovar dari Colombia.

Dalam pada itu, kategori Pakaian Kebangsaan pula dimenangi wakil dari Myanmar iaitu Htet Htet Htun yang memperagakan kostum patung boneka.

Peserta Malaysia, Kiran Jassal pula tersingkir di peringkat awal dan tidak berjaya menempatkan diri dalam Top 13.

Tuah tidak menyebelahi gadis keturunan Punjabi berusia 20 tahun itu sekali gus menjadikan tahun ini tahun ke-47 Malaysia gagal layak ke peringkat separuh akhir ratu cantik nombor satu dunia itu.

Kali terakhir peserta negara berjaya layak ke Top 15 ialah pada 1970 menerusi Josephine Lena Wong.

Pertandingan yang sudah memasuki edisi ke-65 itu sekali lagi menampilkan hos kontroversi, Steve Harvey.

Tahun lalu, Steve mengejutkan dunia apabila tersilap mengumumkan pemenang ratu cantik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 12:31 PM