MELAKA 29 JANUARY 2017. ( MB931P / MM400P ) Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawasi jambatan terapung sementara yang dibina untuk kegunaan penduduk bagi menggantikan 'Jambatan Penghubung Kasih' berusia lebih 30 tahun yang runtuh pada 20 Januari lalu di Sungai Kesang di sempadan Melaka dan Johor. Jambatan sementara sepanjang 75 meter itu dibina menggunakan bahan plastik tahan lasak (jet float) bagi kegunaan kenderaan bermotosikal, basikal dan pejalan kaki menghubungkan Kampung Parit Penghulu, Jasin dan Kampung Telok Rimba, Ledang, Johor. STR/ MUHAMMAD HATIM AB MANAN

Nur Saliawati Salberi

Jasin: Penduduk Kampung Penghulu Tengah, Sungai Rambai, di sini, dan Kampung Telok Rimba, Ledang, Johor kembali bersatu apabila jambatan sementara 'Jet Float' dibina selepas seminggu terputus hubungan.

Jambatan terapung sementara 'Jet Float' itu dibina oleh sepasukan anggota tentera Kem Sembilan Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Terendak bagi menggantikan Jambatan Penghubung Kasih yang runtuh minggu lalu.

Difahamkan, jambatan itu dipasang Khamis lalu sebelum siap petang keesokannya dan dibuka kepada pejalan kaki serta motosikal sahaja selain hanya dibenarkan beroperasi antara jam 7 pagi hingga 7 malam sahaja.

Penduduk Zainab Jaafar, 57, berkata, selepas jambatan berkenaan runtuh aktiviti harian penduduk kampung mula terjejas kerana perlu menggunakan laluan jauh dan kos perbelanjaan turut meningkat.

"Saya menggunakan laluan ini setiap hari kerana bekerja di Tangkak, Johor, tetapi sejak seminggu lalu terpaksa mengguna laluan lain yang masanya bertambah kira-kira 30 minit selain perbelanjaan petrol juga meningkat.

"Dengan adanya jambatan sementara ini, aktiviti penduduk kembali seperti biasa selain kehadiran anggota tentera yang mengawasi pergerakan pengguna jambatan membuatkan kami rasa selamat, katanya.

Gambar Hatim Manan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 5:53 PM