Mustapa (kiri) melawat Siew Chee Wei, 59, yang menghidap penyakit saraf sempena sambutan Tahun Baharu Cina, turut sama kakaknya Siew Mei Mei, 69, (dua kiri) di rumahnya di Lorong Merican,  Jalan Telipot. FOTO Fathil Asri

Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Walaupun Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia tidak menjejaskan kerjasama dagangan di antara Malaysia dengan 10 negara ASEAN dan negara China.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fokus negara kini mahu mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan pelaburan dengan China serta negara ASEAN.

Katanya, kerjasama erat itu untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Selain itu, kita juga akan memberi tumpuan kepada negara Asia yang lain iaitu Jepun, Korea Selatan dan India sebagai rakan dagangan kerana mempunyai potensi yang sama dalam ekonomi," katanya ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Telipot, di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail dan Pengerusi MCA Negeri, Tan Ken Ten.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 4:12 PM