ADRIANA letak pengacaraan sebagai keutamaan walaupun turut terbabit dalam lakonan.
ADRIANA letak pengacaraan sebagai keutamaan walaupun turut terbabit dalam lakonan.
Najiy Jefri


Pancawarna dunia glamor jelas terpancar menerusi rutin hariannya. Jadual kerja tidak menentu, dihujani tawaran demi tawaran sehinggakan ada ketika menjadikannya positif dalam memuaskan hati banyak pihak. Itu semua dunia yang sedang dihadam si jelita bernama Adriana Adnan.

Memulakan karier sebagai wartawan lokasi rancangan hiburan HLive! sebelum diberi mandat mengendalikan program bual bicara pagi A.M Live, bakat Adriana terus berkembang apabila ditawarkan menjayakan drama popular, Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria, baru-baru ini.

Siapa sangka, hampir setahun menempuh gelora dunia hiburan yang penuh pancaroba, wanita berusia 22 tahun ini tidak pernah bercita-cita bergelar selebriti.

Bagaimanapun, melihat ibunya sering muncul di kaca televisyen sejak kecil, timbul minat dalam diri Adriana untuk menceburi dunia media dan pengacaraan.

Bagi yang tidak tahu, di sebalik susuk tinggi lampai dan wajah jelita, Adriana mewarisi bakat ibunya, Zamzarina Zambri, pengacara popular RTM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 5:35 AM