Mayat mangsa ditemui jam 7.45 pagi tadi. FOTO Ahmad Ismail
Mayat mangsa ditemui jam 7.45 pagi tadi. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail


Segamat: Lelaki yang hilang selepas bot dinaiki terbalik di Kampung Tengah, Segamat kelmarin, ditemui jam 7.45 pagi tadi.

Mayat Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari lokasi bot dinaiki terbalik Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, turut ditemui ialah sebuah beg sandang yang mengandungi barangan peribadi dan dokumen pengenalan diri mangsa.

Katanya, waris mangsa yang berada di lokasi turut membuat pengecaman mayat.

"Mayat dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk bedah siasat.

"Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 8 pagi ini," katanya sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa bersama bapa saudara, sepupu dan rakannya dari Kampung Tengah ke Jalan Pemuda.

Malangnya, apabila tiba di tempat kejadian bot dinaiki mereka berlanggar dengan bot lain menyebabkan bot mangsa terbalik.

Mangsa dihanyutkan arus deras dan dikhuatiri lemas manakala penumpang lain sempat berpaut pada bot sebelum diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melalui kawasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 10:21 AM