Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan menyalahguna kuasa dan mengambil rasuah RM3.3 juta.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan menyalahguna kuasa dan mengambil rasuah RM3.3 juta.
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan menyalahguna kuasa dan mengambil rasuah.

Sumber berkata, suspek berusia 51 tahun ditahan 3.30 petang hari ini dipercayai menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2.5 juta dengan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

"Pada masa sama, suspek terbabit dijangka akan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta esok.

"Suspek akan dituduh atas lima pertuduhan pecah amanah yang dipercayai dilakukan antara 30 April dan 30 Oktober 2013," katanya.

Dalam pada itu, sumber berkata, jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 7:13 PM