Lokasi suspek ditahan malam tadi. FOTO Rosliza Mohamed
Lokasi suspek ditahan malam tadi. FOTO Rosliza Mohamed
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam 12 kes samun di Kelantan berjaya diberkas di sebuah kedai runcit di Kampung Sireh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, suspek berusia 37 tahun ditahan kira-kira jam 11 malam.

Katanya, sebelum itu, suspek menyamun sebuah kedai runcit dan melarikan mesin wang tunai pada jam 10.20 malam.

"Tindakan pantas Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan dengan bantuan orang awam berjaya memberkas suspek.

"Suspek juga mempunyai rekod lampau kes dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 1:26 PM