Mohd Fadly Samsudin


Serdang: Polis sedang mengesan lelaki didakwa abang mangsa dalam kes wanita ditemui dirantai dari leher hingga badan di Serdang Raya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati rantai sudah dibuka pihak bomba sebelum mangsa dibawa lelaki berkenaan ke lokasi yang tidak diketahui.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang butiran mangsa diperoleh selain keluarga mangsa juga tidak membuat laporan polis.

"Sehubungan itu, pihak kami sedang berusaha mengesan mangsa serta lelaki berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Selain itu, anggota bomba yang terbabit menyelamatkan mangsa serta saksi awam yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian 9.34 pagi tadi, wanita itu diselamatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang selepas diminta membantu memotong rantai yang terikat dari leher hingga badan mangsa di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 10:28 PM