NIK Mohd Noor (kanan) bersama anggota APM Pasir Puteh menunjukkan ular yang ditangkap. FOTO Azlan Haffedz
NIK Mohd Noor (kanan) bersama anggota APM Pasir Puteh menunjukkan ular yang ditangkap. FOTO Azlan Haffedz
Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my


Pasir Puteh: Hajat suri rumah mahu membersihkan sisa banjir di rumahnya di Kampung Tasek di Tualang Tinggi, Selising, di sini terbantut selepas menemui ular senduk berlingkar di dalam bilik tidur anaknya

Kejadian 9.30 pagi itu menyebabkan Murizan Ismail, 43, tidak jadi membersihkan lumpur dan terpaksa menelefon Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh untuk bantuan.

Pegawai Operasi APM Pasir Puteh, Mohd Tarmizi Endut berkata, enam anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama peralatan lengkap menangkap ular, sebaik menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba, haiwan berbisa itu masih berada di dalam bilik berkenaan dan anggotanya berusaha menangkapnya dengan penyepit khas.

"Kami mengambil masa lima minit sebelum ular terbabit ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni. Ular sepanjang 1.50 meter," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak minggu pertama Januari, pihaknya berjaya menangkap 27 ular pelbagai spesis, antaranya sawa, tedung dan kapak.

Ia termasuklah ular yang berada di kediaman mangsa banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 9:06 PM