Polis memeriksa pusat hiburan yang didapati melanggar syarat premis hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang. FOTO Fardy Bungga
Polis memeriksa pusat hiburan yang didapati melanggar syarat premis hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang. FOTO Fardy Bungga
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Sebuah premis hiburan diserbu sepasukan polis selepas didapati melanggar syarat dengan beroperasi lebih masa di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.

Serbuan jam 3.35 pagi itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, maksiat dan kongsi gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi .

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, lima lelaki tempatan berusia 23 hingga 46 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan premis berkenaan didapati masih lagi beroperasi dan mempunyai pelanggan yang sedang berhibur.

"Lesen pusat hiburan yang membenarkan pusat hiburan beroperasi sehingga jam 3 pagi sahaja.

"Premis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1993) dan Seksyen 41 (1)(B) Akta Hiburan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 11:48 AM