ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.FOTO ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Lapan kedai di Kea Farm, Brinchang, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, lapan kedai yang musnah termasuk restoran, kedai menjual buah dan kedai menjual cenderamata.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya yang menerima panggilan bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran itu dari merebak.

Katanya, bomba sedaya upaya mengawal kebakaran itu daripada merebak dan tindakan pantas dilakukan menyelamatkan 40 kedai yang berada berdekatan kedai itu.

"Siasatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan dan dijangka mengambil masa 14 hari manakala nilai kerugian dianggarkan RM500,000.

"Operasi ditamatkan pada 7 pagi tadi selepas keseluruhan kebakaran berjaya dipadamkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 7:46 AM