LOKASI pencarian bot kumpit karam kira-kira 17 batu nautika Barat Laut perairan Pulau Mantanani, Kota Belud. FOTO ihsan APMM
LOKASI pencarian bot kumpit karam kira-kira 17 batu nautika Barat Laut perairan Pulau Mantanani, Kota Belud. FOTO ihsan APMM
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Dua kru warga Filipina yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot kumpit karam di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud, ditemui selamat semalam.

Alan Darain Pahellong, 46, dan Al-Rajib Tohong Malali,31, diselamatkan oleh sebuah bot pancing pada jam 8.15 malam.

Terdahulu, lima kru bot itu diselamatkan oleh bot nelayan tempatan pada jam 5.20 petang.

Ini menjadikan hanya seorang lagi kru bot itu masih hilang.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat berkata, dua mangsa itu difahamkan terapung kira-kira enam jam dan terselamat kerana memakai jaket keselamatan.

"Operasi masih diteruskan bagi mencari seorang lagi kru bot itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada kejadian jam 3 petang semalam, bot kumpit dinaiki lapan lelaki Filipina dari Labuan ke negara mereka karam di kawasan 17 batu nautika dari Pulau Mantanani, Kota Beludm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 8:36 PM