Sebanyak 13 guni berisi daum ketum bernilai RM19,000 dirampas AKSEM Padang Besar di sebuah rumah tidak berpenghuni Kampung Kok Mak, Padang Besar. FOTO AKSEM
Sebanyak 13 guni berisi daum ketum bernilai RM19,000 dirampas AKSEM Padang Besar di sebuah rumah tidak berpenghuni Kampung Kok Mak, Padang Besar. FOTO AKSEM
Aizat Sharif


Padang Besar: Sebanyak 13 guni berisi daum ketum bernilai RM19,000 dirampas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar di sebuah rumah tidak berpenghuni Kampung Kok Mak, Padang Besar semalam.

Komander AKSEM Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam apabila pihaknya menerima maklumat orang ramai ternampak beberapa bungkusan mencurigakan di sebuah rumah tidak berpenghuni di kampung berkenaan.

“ Anggota risik AKSEM Padang Besar yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu kemudian memeriksa rumah berkenaan dan menjumpai 13 guni diletakkan secara berselerak dalam rumah berkenaan.

“ Pemeriksaan selanjutnya kemudian menemui sejumlah besar kepingan daun hijau yang dipercayai daun ketum,”€ katanya kepada Harian Metro.

Syed Basri berkata, kandungan daun ketum itu seberat 380 kilogram.

“ œKami percaya bekalan daun ketum ini diletakkan di rumah ini beberapa jam sebelum itu dan rumah ini juga berkemungkinan dijadikan sebagai transit sebelum bekalan ketum ini diseludup ke Thailand.

“ Namun kita masih menyiasat pemilik rumah ini,”€ katanya.

Kes berkenaan kemudian diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Gambar: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Negeri Perlis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 2:03 PM