Datuk Sri S.K. Devamany (tiga dari kiri) bersama Datuk Radha Krishnan (dua dari kiri), Datuk Malek Noor (empat dari kiri), Ahli Lembaga Pengarah UFL Sdn Bhd, Yap chi Keong (kiri) dan Theresa Leong (kanan) pada Majlis Pelancaran Laman E-Dagang UFL Gooutdoor.com.my di Wisma UFL. FOTO Eizairi Shamsudin
Datuk Sri S.K. Devamany (tiga dari kiri) bersama Datuk Radha Krishnan (dua dari kiri), Datuk Malek Noor (empat dari kiri), Ahli Lembaga Pengarah UFL Sdn Bhd, Yap chi Keong (kiri) dan Theresa Leong (kanan) pada Majlis Pelancaran Laman E-Dagang UFL Gooutdoor.com.my di Wisma UFL. FOTO Eizairi Shamsudin
Nabil Basaruddin


Kepong : Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL), pengedar peralatan sukan, kecergasan dan rekreasi memperkenalkan laman web e-dagang GoOutdoor.com.my bagi memperkukuhkan segmen perniagaan secara dalam taliannya.

Pengarah Urusannya Datuk Radha Krishnan berkata, inisiatif laman e-dagang itu dijangka mampu melonjakkan perniagaan syarikat memandangkan orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk tanpa perlu pergi ke cawangan yang terletak di bandar raya utama.

Beliau berkata, laman e-dagang itu adalah langkah tepat bagi memperkasakan ekonomi digital dengan lebih meluas dan yakin dapat menjadi pusat sehenti membeli-belah bagi peralatan sukan, kecergasan dan rekreasi.

“Kami yakin ia dapat menjadikan UFL sebagai pilihan orang ramai untuk membeli perkakasan bagi melakukan aktiviti riadah serta bersukan memandangkan kami menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan.

“Malah, kami menyasar perolehan akan mencecah RM1 juta pada tahun ini seiring dengan pengenalan laman web e-dagang yang baru ini,” katanya pada majlis
pelancaran laman e-dagang GoOutdoor.com.my di sini, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S K Devamany. Hadir sama Pengarah Eksekutif UFL Datuk Malek Noor.

Radha berkata, UFL adalah syarikat pertama di rantau Asia Tenggara yang mengedar peralatan sukan, kecergasan dan rekreasi yang berjaya menembusi pasaran perniagaan secara dalam talian dengan jenama terkemuka yang diwakilinya.

“Menersi GoOutdoor.com.my, orang ramai kini boleh beli-belah dengan yakin kerana kami hanya menjual produk tulen asli yang didatangkan bersama jaminan dan polisi pulangan semula,” katanya.

Selain itu, katanya, pelanggan diberi jaminan penghantaran produk yang ditempah dalam tempoh seawal 24 hingga 48 jam untuk Semenanjung manakala bagi Sabah dan Sarawak, ia mengambil masa tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 10:38 AM