Hishammuddin mendengar penerangan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (empat dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin (kanan) pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Siber Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). FOTO Surianie Mohd Hanif

Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini melancarkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengatasi ancaman siber yang semakin menggugat keselamatan serantau termasuk Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, CDOC yang dijangka beroperasi sepenuh pada September ini memiliki kepakaran tinggi dalam mencegah, mengawal serta menganalisa punca dan simptoms pelbagai bentuk ancaman siber.

"Antara aspek utama yang menjadi fokus CDOC ketika ini termasuklah pemantauan rapi terhadap sebarang bentuk ancaman siber yang berpotensi mengancam sistem dan rangkaian pertahanan negara.

"Selain itu, ia mengukuhkan pertahanan terhadap sistem infra ICT, pengauditan keselamatan siber serta mempertingkatkan keupayaan forensik digital," katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Siber Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Menurutnya, pusat operasi itu mengambil masa hampir empat tahun untuk direalisasikan dan ia keputusan tepat selepas melihat ancaman siber ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 3:10 PM