DANISH Hazriq. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
DANISH Hazriq. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Ridzuan Abdul Rahman


Diakui industri seni tempatan ketandusan pelakon cilik yang menyerlah berbanding pelakon dewasa.

Oleh itu, Danish Hazriq, 11, berharap kehadirannya mampu mencuri tumpuan peminat seperti yang dilakukan Mia Sara, Rykarl Iskandar, Puteri Balqis dan Duerra Mitilda.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Cheras ini mula terbabit dalam bidang seni atas galakan pelakon Afzan Abdul Rahman.

Selepas membintangi drama Strawberi & Karipap musim kedua arahan Nizam Zakaria, Danish Hazriq tidak menoleh ke belakang apabila menerima tawaran berlakon pelbagai drama.

“Pembabitan saya bermula pada 2014 menerusi iklan komersial di TV, kemudian barulah saya dapat tawaran berlakon daripada Abang Nizam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 8:52 AM