Kura-kura Afrika, Bert, yang dipasang roda pada kaki belakangnya.
Kura-kura Afrika, Bert, yang dipasang roda pada kaki belakangnya.
Agensi

Norfolk: Seekor kura-kura Afrika berusia 22 tahun dipasang roda yang diikat pada cengkerangnya untuk bergerak di sekitar Taman Pengembaraan Haiwan dan Dinosaur di Norfolk, Virginia, selepas kaki belakangnya terkena ‘arthritis’.

Menurut penjaganya, kaki belakang kura-kura itu yang diberi nama Bert, bengkak menyebabkan pergerakannya terbatas sekembalinya dari sesi mengawan tahun lalu.

Namun sesi berkenaan, yang menyaksikan Bert mengawan dengan lima kura-kura betina dalam masa dua bulan, membawa kesan buruk kepada kaki kura-kira seberat 100 kilogram itu.

Daily Mail melaporkan, penjaganya kemudian menggunakan ubat penahan pesakit dan memasang roda berkenaan pada Bert.

Pemangku pengurus taman itu, Martin Hocking, berkata kaki Bert mengalami masalah yang sama selepas sesi mengawan pada 2011 ia berlaku lagi pada hujung tahun lalu.

“Sejak beberapa minggu lalu, dia bergerak menggunakan roda itu,” katanya.

Bert ditempatkan di taman itu sejak 2007 dan kura-kura Afrika yang juga dikenali sebagai kura-kura Sulcata, mampu hidup sehingga 60 tahun.

Doktor haiwan di Dublin, Ireland, Peter Wedderburn, berkata arthritis pada kura-kura juga sama seperti manusia, disebabkan penggunaan berlebihan sendi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 7:28 PM